Hep C- What's That? Bahasa Malaysia

Page 1

Hepatitis†C (hep C) ialah virus yang berjangkit dan boleh meradang hati dan menyebabkan keparutan hati dan barah hati atau kematian.

Kebanyakkan rakyat Malaysia menghidap penyakit hep C. Kebanyakkan mereka tidak mengetahui.

BAHASA LANGUAGE


Apakah gejala hep C? Kebanyakkan orang tidak akan mengalami gejala pertama kali dijangkiti hep C. 1 per 4 orang yang mempunyai virus ini akan hilang secara semulajadi (tanpa mengambil sebarang ubat). Tetapi mereka tidak imun dan mereka akan menghidapinya lagi.

Selepas beberapa lama sebahagian daripada mereka mungkin akan rasa sakit atau penat atau seperti mengalami selesema berpanjangan. Sesetengah daripada mereka langsung tidak mempunyai simptom. Sebilangan kecil mereka yang menghidap hep C mungkin akan mendapat kanser hati yang serius. Ini biasanya mengambil jangka masa yang panjang.


Bagaimana mereka mendapat hep C? Hep C berjangkit melalui pemindahan darah. Perkara ini terjadi apabila seseorang yang mempunyai jangkitan hep C menderma darah pada orang lain.

Perkara kebiasaan yang mudah mendapat hep C adalah dengan perkongsian jarum suntikan: termasuk peralatan untuk melakukan prosedur


Cara lain dalam mendapat hep C adalah melalui Perkongsian peralatan penusuk yang tidak sterile. Ini termasuk penusuk dilakukan di rumah atau di pesta perayaan. Perkongsian peralatan mencacah tatu yang tidak steril. Termasuk mencacah tatu yang dilakukan dirumah. 7% daripada bayi akan mendapat hep C sekiranya si ibu merupakan pengidap hep C.


Elak hep C

Tiada vaksin untuk hep C, jadi... • Jangan berkongsi peralatan tajam, berus gigi dengan orang lain—mungkin terdapat darah pada mereka yang anda tidak dapat melihat. • Sentiasa menggunakan peralatan yang baru untuk prosedur. • Cuci tangan sebelum dan selepas melakukan prosedur. • Untuk pencacahan tatu dan bertindik adalah lebih baik pergi pada pihak yang professional dimana mereka menggunakan alatan yang steril.


Anda tidak akan mendapat hep C daripada: Bersin

Ciuman

Berkongsi makanan dan minuman


Batuk

Perkongsian tandas

Gigitan nyamuk


Bagaimana anda mengetahui diri anda mendapat hep C? Kebanyakannya tiada tanda tanda awal. Sekiranya ingin mengetahui, dapatkan ujian darah daripada doktor. Ada 2 jenis ujian darah: • Ujian antibody akan memberitahu anda sekiranya anda mudah dapat sekiranya terdedah dengan virus. • Ujian PCR; ujian ini akan memberitahu anda sekiranya anda mempunyai virus hep C. Terdapat rawatan untuk hep C. Rawatan ini dapat mengurangkan virus dalam 90% kes. Rawatan hep C baru mempunyai beberapa kesan sampingan. Untuk maklumat lanjut, berbincang dengan doktor anda.


Bolehkah hep C diubati?

Ya!! HEP C BOLEH DIUBATI. Rawatan baru mempunyai kadar penyembuhan 95% dan sedikit kesan sampingan. Kebanyakan orang hep C, rawatan adalah tablet yang diambil lebih daripada 12 minggu. Untuk maklumat lanjut, sila berbincang dengan doktor anda atau hubungi talian bantuan Hepatitis SA di

1800 437 222. NOTA: Penyembuhan daripada hep C TIDAK akan melindungi anda daripada dijangkiti semula dengan hep C.


Amalkan cara hidup sihat sekiranya anda pengidap hep C Jumpa doktor dengan kerap untuk pemeriksaan lanjut.

Elakkan atau kurangkan pengambilan alcohol.


Diet yang seimbang—elak dari makanan berlemak.

Dapatkan vaksin untuk hep A dan hep B.


Halaman Talian Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di, (khas untuk pangilan di Australia sahaja): • 1800 437 222 Jika anda perlukan penterjemah sila hubungi ditalian yang sama (1800 437 222), dan buat pemilihan bahasa yang dikehendaki. Anda juga boleh dapatkan maklumat tentang hepatitis C dengan melayari kami di alamat ini:

• www.hepatitissa.asn.au • www.hepatitisaustralia.com

Maklumat tentang hepatitis C dalam pengunaan bahasa lain selain dari bahasa inggeris juga boleh didapati di laman web:

• www.multiculturalhivhepc.net.au

Penghargaan: Kami ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada Hepatitis New South Wales diatas kebenaran menggunakan sebahagian info daripada pamphlet ‘What is Hepatitis C’ sebagai landasan untuk menghasilkan booklet ini. Kami juga ingin berterimakasih kepada Ms Norhidayat Mohd Nor dan Dr Bangrose Sadin atas usaha dan kerjasama yang telah diberikan. Untuk pangilan di Malaysia sahaja

Updated June 2018

3 Hackney Rd Hackney SA 5069 PO Box 782 Kent Town SA 5071 Ph (08) 8362 8443 Fax (08) 8362 8559 admin@hepatitissa.asn.au


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.