Malaysia Direct Seller 2023 I Tan Sri Noor Hisham_BM

Page 1

DIRECT SELLER

MALAYSIA

EDISI 1 / 2023

PENTADBIR KOD UNTUK DSAM

TAN SRI NOOR HISHAM

TOKOH YANG MEMPUNYAI MISI

BERSIAP SEDIA

UNTUK E-INVOIS

JAMUAN MERDEKA

PARA CEO 2023

A PUBLICATION OF RM10 ISSN 2716-6171

PM INTERNATIONAL TERIMA ANUGERAH UNTUK PERTUMBUHAN ANTARABANGSA TERBESAR 2022

BULETIN / PM-INTERNATIONAL SCHENGEN, LUXEMBOURG/ DALLAS, TX, USA, APRIL 20, 2023

PM-International telah menerima anugerah Bravo International Growth dari majalah perdagangan Amerika Syarikat “Direct Selling News” kerana berjaya menjadi syarikat jualan langsung antarabangsa yang berkembang paling pantas. Ia merupakan salah satu anugerah terpenting dalam industri. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut PM-International meraih anugerah ini. Ia disampaikan bersempena dengan catatan skala kedudukan teratas penjualan paling laris di kalangan syarikat jualan langsung sedunia “DSN Global 100” dari segi pendapatan, justeru memberi penghormatan kepada 100 syarikat jualan langsung global dan antarabangsa.

CEO DAN PENGASAS ROLF SORG MENERIMA ANUGERAH

KEPIMPINAN BRAVO

Rolf Sorg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas PM-International, telah menerima Bravo Leadership Award,

Sebagai penghormatan kepada kejayaan 30 tahun PM-International di bawah kepimpinan beliau.

Bravo Leadership Award merupakan satu pengiktirafan kepada kepemimpinan cemerlang dan luar biasa seseorang eksekutif jualan langsung, di peringkat korporat dan juga bidang berkenaan.

Semasa menerima anugerah tersebut, Rolf Sorg secara Ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua ketua, rakanrakan pengedar dan kakitangan PMInternational : “Asas kejayaan kami adalah ketekunan dan semangat kerjasama yang menyokong saya. Komitmen mutlak dan khidmat tertinggi menjadi sebab PM telah berkembang maju selama 29 tahun. Saya berbangga dengan pencapaian kami, namun saya tahu yang banyak lagi masih perlu dilakukan”.

PERTUMBUHAN STABIL DALAM

WAKTU YANG PENUH CABARAN

Pada tahun 2022, pengilang dan pengedar produk-produk premium jenama tersendiri Fitline untuk kesihatan, kecergasan dan kecantikan telah berjaya meningkatkan jualan tahunan kumpulan ke Dollar AS 2.55 bilion. Bagi Rolf Sorg, pengiktirafan pencapaian ini jelas milik semua rakan pengedar PM-International seluruh dunia: “Pada tahun-tahun kebelakangan ini, meskipun kita di seluruh dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun kita tidak pernah hilang pedoman kearah wawasan dan nilai kita. Malahan, semasa tempoh ini pasukan kita telah menjadi semakin rapat, menerokai kaedahkaedah baru dan inovatif untuk kekal berhubung dan terus mengejar matlamat kita. Yang paling penting, kita tetap komited kepada misi kita untuk memberi impak positif kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Kami memandang dengan penuh harapan untuk terus bekerja kearah

mewujudkan dunia yang lebih sihat, bahagia dan mampan bagi setiap orang.”

Pengumuman pencapaian prestasi tertinggi di kalangan syarikat jualan langsung sentiasa ditunggu-tunggu dengan penuh debaran. PM-International telah berupaya memperbaiki kedudukannya di kalangan syarikat jualan langsung terbesar sedunia dengan mencapai kedudukan semasa di tempat ke 8, di mana tahun lepas ia berjaya meraih tempat ke 9. Syarikat ini telah pertama kali berjaya disenaraikan dalam pemilihan tersebut pada tahun 2010 dan telah terus tersenarai sejak itu.

PM-International AG adalah salah satu Syarikat jualan langsung terbesar di dunia dalam bidang kesihatan, kecergasan, dan kecantikan. Ia berpusat di Schengen, Luxembourg. Pada 2022, kumpulan PM-International telah mencatat jualan tahunan $2.55 billion. Diasaskan pada tahun 1993, Syarikat itu terlibat di dalam memajukan serta memasarkan suplemensuplemen pemakanan berkualiti tinggi dan premium dan juga kosmetik di bawah jenamanya sendiri, FitLine® – dengan teknologi yang dipatenkan. Transport Concept (NTC®) yang eksklusif Nutrient merupakan kecekapan teras Syarikat: menghantar nutrien dengan betul apabila diperlukan dan dimana ia diperlukan ke tahap selular, dari dalam dan luar.

Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang PM-International dan produkproduk keluarannya, sila kunjungi www. pminternational.com.

1 2023 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /
Sorotan

CERITA KULIT

KULIT

TAN SRI NOOR HISHAM PENTADBIR KOD UNTUK DSAM

4 Tan Sri Dr Noor Hisham – Seorang Tokoh Yang

Mempunyai Misi

Seorang figura yang disegani dalam industri

penjagaan kesihatan dan bekas Ketua Pengarah

Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, telah

memulakan lembaran baharu dalam kerjaya beliau

sebagai Pentadbir Kod untuk DSAM. Bersama

Christina Thomas, beliau berkongsi bagaimana beliau

boleh mengekal dan meningkatkan reputasi DSAM,

membina kepercayaan orang ramai dan memacu

inovasi dalam industri yang telah lama wujud.

SOROTAN

1 PM International Terima Anugerah Untuk

Pertumbuhan Antarabangsa Terbesar 2022

7 Jamuan Merdeka Para CEO 2023

9 Makan Malam Tahunan DSAM 2022 –

Malam Yang Permai

12 Membuka Laluan Ke Arah Kejayaan: Manfaat

Jualan Langsung

14 Bersiap Sedia Untuk e-Invois

16 Teknologi Digital Boleh Membantu Anda Untuk

Meningkat Maju

18 Be International: Memberi Inspirasi Kepada Kehidupan

Menerusi Matlamat Pembangunan Lestari

KANDUNGAN

1 Vol 1 no 1 / Malaysia Direct Seller / 14
7 9

Direct Seller Malaysia adalah penerbitan rasmi Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) yang telah ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan perdagangan ini mempromosi industri jualan langsung di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan keahlian 145 syarikat di dalam negara, DSAM merupakan suara rasmi industri, dan menyumbang kepada imej dan kehadiran profesional industri di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan lain-lain badan Kerajaan dan persatuanpersatuan perdagangan untuk mencapai matlamat bersama.

Menurut Persekutuan Jualan Langsung Sedunia (WFDSA), Malaysia menduduki tempat ke 6 di kalangan pasaran jualan langsung dunia d tempat ke 4 di Asia Pasifik. Unjuran perolehan jualan industri tahun 2021 oleh Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Nenegeri dan Kos Sara Hidup ialah RM27 juta.

Direct Seller Malaysia diterbitkan terutamanya untuk memenuhi keperluan dinamik industri jualan langsung di dalam negara dan untuk menyuarakan kebimbangan dan keperluan industri.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut

Harini Management Services Sdn Bhd (609031-W)

• Semua ahli DSAM

• Pengurusan teratas syarikat-syarikat

• Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkenaan

• Diedarkan semasa acara-acara DSAM

• Pengedar-pengedar bebas

• Pengguna-pengguna

• Dijual di Kedai-kedai buku utama di seluruh negara

W-9-12, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: +603-7932 3259 / 012-373 9422
DIRECT SELLER MALAYSIA SUARA INDUSRI JUALAN LANGSUNG ISSUE 1 / 2022 MALAYSIA DIRECT SELLER MDTCA FUELS COMPETITIVE DIRECT SELLING INDUSTRY WITHIN A DIGITAL ECONOMY Datuk Azman Mohd Yusof, Secretary General of the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (MDTCA) RM10 ISSN 2716-6171 LAUNCH OF DIRECT SELLING INDUSTRY BLUE PRINT 00_Malaysia Direct Selling Cover.indd BE INTERNATIONAL PUTS A PREMIUM ON RELATIONSHIPS RM10 ISSN 2716-6171 ISSUE 1 / 2022 MALAYSIA DIRECT SELLER 00_Malaysia Direct Selling Cover BE.indd PASARAN SASARAN
4 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2023
KULIT
CERITA

TAN SRI DR NOOR HISHAM: TOKOH YANG MEMPUNYAI MISI

Seorang tokoh yang dihormati dalam industri penjagaan kesihatan dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, telah memulakan lembaran baharu dalam kerjayanya apabila dilantik menjadi Pentadbir Kod untuk DSAM. Dia berkongsi dengan CHRISTINA THOMAS bagaimana dia boleh mempertahankan dan meningkatkan reputasi DSAM, membina kepercayaan orang ramai dan memacu inovasi dalam industri yang telah lama wujud.

Mengiktiraf sejarah dan rekod industri jualan langsung di Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham melakar pengalaman beliau dalam meneraju perjuangan menentang wabak COVID-19, untuk bersama bersepadu demi membina kepercayaan dan jalinan penglibatan yang lebih kukuh di antara para pengguna dan industri jualan langsung. Beliau mengakui bahawa industri jualan langsung sudah beroperasi di Malaysia sejak 40 tahun lalu, tetapi beliau menekankan bahawa inovasi, penglibatan dan kepercayaan adalah faktor terpenting bagi kemajuan industri pada tahun-tahun yang mendatang.

Tan Sri Dr Noor Hisham baru-baru ini dilantik menjadi Pentadbir Kod DSAM yang melibatkan skop kepemimpinan yang rumit seperti membimbing

DSAM mengenai peraturan, menasihati Lembaga DSAM dan ahli-ahli mengenai perkembangan kawal selia yang relevan, memastikan pematuhan kepada Akta Jualan Langsung dan Anti-Skim Piramid 1993 dan Peraturan-Peraturan, serta menangani aduan, siasatan dan mengesyorkan pampasan, antara fungsi lain. Sebagai Pentadbir Kod, Tan Sri Dr Noor Hisham juga perlu memastikan sebarang perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pentadbir Kod mestilah adil dan munasabah untuk semua pihak yang terlibat, berdasarkan Kod DSAM bagi Tatakelakuan, Akta Jualan Langsung dan Akta Anti- Skim Piramid

1993 dan, terma dan syarat-syarat setiap syarikat yang menjadi ahli DSAM.

Dengan peranannya yang dikhususkan untuk beliau, Tan Sri Dr Noor Hisham sudah bersedia untuk menyelami fungsi peranan baharunya dan membawa perubahan positif serta memberikan impak kepada industri jualan langsung.

Beliau menjelaskan, “Selaku Pentadbir Kod dalam DSAM, kita cuba melaksanakan dengan beramanah cara terbaik bagi kita untuk terus mempromosi jenama DSAM dan juga untuk membina kepercayaan dan melibatkan diri dengan orang ramai. Melalui penglibatan, dengan menangani pelbagai cabaran dan isu, serta menguruskan jangkaan dan harapan orang ramai, kita boleh boleh meraih kepercayaan mereka.”

Mengetengahkan faktor utama dalam membina kepercayaan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata yang amanah boleh dibina melalui kepimpinan yang berkesan, melalui kerjasama dan juga meningkatkan penggunaan teknologi, idea kreatif dan inovasi, untuk memacu persatuan ke hadapan. Beliau memberi contoh pengalamannya dalam bidang penjagaan kesihatan dengan berkata, “Jika anda mengimbau ke masa lampau, 10 tahun yang lalu kami bermula dengan penghantaran ubat-ubat ke rumah. Pesakit tidak perlu datang ke hospital untuk mengambil ubat, sebaliknya kami hantar kepada mereka melalui program Ubat Melalui Pos dengan kerjasama Pos Malaysia.”

“Kami menghantar ubat kepada pesakit. Sudah 10 tahun berlalu sejak kami buat pertama kalinya memulakan perkhidmatan tersebut dan ia terbukti satu inisiatif yang sangat berjaya. Pesakit berasa gembira dan hospital pula tidak mengalami kesesakan. Tidak perlu membuang masa melakukan perjalanan ke hospital, menghadapi kerenah meletak kereta, beratur dan mengambil ubat anda,” tambah beliau.

Beliau menyamakan contoh tersebut dengan industri jualan langsung dengan berkata, “Jadi, anda dapat melihat yang jualan langsung juga hampir sama halnya – konsepnya adalah kami menghantar ke rumah anda. Apabila kami menghantar produk ke rumah anda, kami perlu menggunakan teknologi elektronik, media sosial dan lain-lain untuk membina kepercayaan. Bila anda menjual melalui jualan langsung, sebenarnya ada seseorang atau sesebuah organisasi di belakangnya, dan membina kepercayaan adalah penting, jika anda mengamalkan penjagaan kesejahteraan peribadi.”

Dalam memperkatakan ini, beliau mengajukan soalan cepu emas, “Jualan langsung bukanlah baru dan telah berada di sekitar kita selama lebih daripada 40 tahun tetapi persoalannya sekarang ialah bagaimana anda berinovasi, dan mencipta platform baharu untuk jualan langsung untuk mencapai kepada lebih ramai orang, mengikut populasi.”

Dalam menangani persoalan ini, beliau

5 2023 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

CERITA KULIT

PENGANUGERAHAN “ORDER OF RIO BRANCO”

Tan Sri Noor Hisham, baru-baru ini dianugerahkan “Order of Rio Branco” yang berprestij oleh kerajaan Brazil, yang diwakili oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Brazil ke Malaysia, Ary Norton de Murat Quintella. Anugerah ini berfungsi sebagai peringatan kepada peri pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi ancaman kepada kesihatan awam dan kepentingan bersiap siaga dan bertindak secara kolektif.

Tan Sri Noor Hisham berkata, “Pandemik COVID-19 telah menjejaskan setiap aspek kehidupan kita. Namun, kita tetap tabah, dilengkapi dengan sains, fakta dan data melalui pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat untuk sampai ke di mana kita sekarang.”

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan yang paling tinggi dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, yang telah bekerja tanpa jemu dan begitu banyak berkorban untuk keselamatan kita. Mereka adalah wira sebenar wabak COVID-19 ini, dan saya berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak semua petugas barisan hadapan. Saya yakin anugerah ini hanyalah permulaan bagi kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Brazil dalam bidang kesihatan,” beliau menambah.

Malaysia dan Brazil mempunyai kepentingan bersama dalam mempromosikan kesihatan awam, dan anugerah ini menonjolkan potensi kerjasama dan perkongsian yang lebih besar antara kedua-dua negara. Tan Sri Noor Hisham melahirkan rasa terujanya tentang potensi untuk kerjasama Selatan-Selatan dalam bidang penyelidikan, terutamanya antara Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Oswaldo Cruz (atau lebih dikenali sebagai Fiocruz), Kementerian Kesihatan Brazil.

DSAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Noor Hisham di atas penerimaan Anugerah berprestij dan terhormat dari negara Brazil ini kepada seorang tokoh kepimpinan perubatan Malaysia yang gagah berani yang mengetuai pasukannya dalam memerangi COVID-19. Kami berharap negara kita akan melihat lebih ramai lagi pemimpin sebegini yang bangkit menyahut seruan khidmat yang penting dan membawa penghormatan kepada Malaysia di persada dunia.

menerangkan bahawa faktor terpenting kepada kejayaan industri jualan langsung hari ini adalah komunikasi. Beliau menggalakkan para penjual langsung untuk merangkul teknologi dan mencari cara-cara baharu untuk menggapai khalayak sasaran mereka. Tan Sri

Dr Noor Hisham mengingatkan, “Jika kita terus melakukan jualan langsung seperti mana kita lakukan 40 tahun dulu, maka kita akan tertinggal. Jadi, hari ini, teknologi, idea kreatif, inovasi memainkan peranan utama dalam bidang jualan langsung dan mereka yang berada di barisan hadapan jualan langsung mestilah memanfaatkan semua teknologi ini dan merubah cara menjalankan perniagaan supaya mereka dapat menjangkau jualan ke setiap pelusuk negara.”

Beliau menekankan bahawa untuk memenangi keyakinan dan kepercayaan para pengguna, mestilah wujud satu kod etika untuk ahli-ahli dan juga orang awam. “Orang ramai juga mesti tahu kod etika itu. Kita perlu meningkatkan kod etika, mematuhinya dan melaksanakannya dengan baik,” katanya.

Tan Sri Dr Noor Hisham menyatakan bahawa sama seperti kesihatan kita, industri jualan langsung hendaklah memperkasakan orang ramai untuk menjaga diri mereka, memperkasakan syarikat-syarikat jualan langsung untuk mengawal selia syarikat mereka dan untuk mematuhi segala peraturan.

Beliau menyatakan, “Selaku Pentadbir Kod, saya perlu pastikan mereka mematuhi dan kita mendengar segala isu. Kita perlu mendengar bagaimana kita boleh menambah baik dari bawah ke atas dan bukan dari atas ke bawah sahaja kerana input sering datang dari bawah ke atas. Jika anda boleh mengawal selia kendiri dan memperkasakan syarikat dan individu supaya memiliki kod etika profesional yang tinggi dan menjual sesuatu dengan cara yang sangat telus, maka saya pasti anda boleh berkembang dan membuka lebih banyak pasaran.”

Dalam menasihati para pengguna dan penjual langsung, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, “Anda perlu tahu dari sumber mana anda membeli, kelayakan dan latar belakang penjual, wujud atau tidak kelulusan bagi produk-produk, sama ada ia tulen atau tidak, kerana terdapat banyak produk palsu di luar sana. Jadi anda perlu memastikan semua ini adalah sah, dan kita perlu ada platform untuk bertanya soalan –begitulah caranya, pada fikiran saya, untuk meningkatkan jualan langsung.”

Beliau mengingatkan para penjual langsung bahawa sangatlah penting bagi mereka untuk melibatkan pengguna dan orang ramai, terus memantau dan mengawasi produk dan perkhidmatan, dan membantu orang ramai untuk mencegah masalah kesihatan. Apabila ini telah berjaya dicapai atau dilaksanakan, kemampanan akan dicapai, dari aspek pembelian berterusan dan kesetiaan pengguna.

6 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2023

JAMUAN MERDEKA PARA CEO 2023

MENYAMBUT KEMERDEKAAN BERSAMA RAKAN INDUSTRI JUALAN LANGSUNG.

Pada bulan September, DSAM menjadi tuan rumah

kepada Jamuan Makan

Tengah Hari Merdeka

Para CEO 2023 di Hotel Saujana, Kuala Lumpur. Ahli-ahli dan para tetamu disambut dengan pertunjukan yang memaparkan kereta terbaru BMW dan superbike terkini dan juga sesi foto yang disediakan oleh DCR Marketing Sdn Bhd.

Dalam ucapan alu-aluannya, Zaihan Ariffin, Presiden DSAM mengucapkan terima kasih kepada mantan presiden, pemegang jawatan, ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli-ahli atas kehadiran mereka. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang seterusnya menyampaikan ucaptama beliau.

Tan Sri Dr Noor Hisham, dlam ucaptamanya bercakap mengenai topik Tadbir Urus Berasaskan Nilai & Kepimpinan Dalam Menguruskan Pandemik COVID 19. Dia berkongsi tentang isu dan cabaran dalam mengurus

jangkaan masyarakat dan membina kepercayaan orang ramai. Dalam mengingatkan tentang para hadirin tentang kesukaran yang dihadapi akibat COVID-19, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, “Kita bergerak, namun kita mesti mempelajari daripada sejarah.”

Tambah beliau “Saya melihat banyak potensi untuk meningkatkan DSAM dari segi tawaran nilai dan bagaimana kita boleh menghasilkan perbezaan besar dalam bergerak ke hadapan.” Dalam penyampaiannya, Tan Sri Dr Noor Hisyam menghuraikan jenis-jenis kepimpinan, kemahiran asas kepemimpinan, sistem penyampaian dan segala pencapaian, budaya inovasi dan kecemerlangan, dan bagaimana semua ini diaplikasikan semasa wabak tersebut.

Beliau memberi pencerahan tentang kemahiran kepimpinan yang mustahak - sebagai seorang doktor, yang paling penting daripada segalanya adalah mengamalkan etika perubatan, iaitu prinsip Tidak Melakukan Kemudaratan (“First Do No Harm”).

Ini diikuti dengan pencapaian berimpak tinggi dan penghasilan yang baik pada kos yang berpatutan. Beliau menjelaskan bahawa kunci kepada kejayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kerja berpasukan dan bekerja bersama-sama. Beliau juga menerangkan tentang kesiap siagaan Malaysia sehubungan dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan bagaimana pandemik COVID-19 diurus dengan berkesan.

Pasukan dari UOB Bank turut hadir untuk berkongsi pandangan dan strategi yang boleh membawa kepada pertumbuhan kekayaan yang signifikan kepada ahli-ahli. Mereka berkongsi tentang kemudahan digital dan perbankan UOB yang memudahkan dan serba lengkap untuk pemilik-pemilik perniagaan.

Majlis makan tengah hari itu diakhiri dengan kesempatan terbaik menjalinkan hubungan antara rakan-rakan dalam industri, para tetamu dan pegawai-pegawai KPDN.

7 2023 / Ediso 1 / Direct Seller Malaysia /
Sorotan
8 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2023 Sorotan

MAKAN MALAM TAHUNAN DSAM 2022 –MALAM YANG PERMAI

2022 berlangsung dengan persembahan yang meriah berwarna-warni, beserta muzik dan tarian tradisional rakyat Malaysia. Majlis itu telah dirasmikan oleh Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Ballroom yang serba gemilang mengalualukan kehadiran tetamu yang terdiri daripada para penjual langsung yang kelihatan sungguh bergaya dengan busana tradisional terindah, di tengah-tengah suasana yang penuh dengan keterujaan dan kemesraan. Acara kemuncak malam itu berupa ucapan oleh Datuk Azman dan Presiden DSAM. Kehadiran para tetamu dari Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Sedunia dan Persatuan-persatuan Jualan Langsung Asia Pasifik menyerikan lagi acara malam itu.

Persembahan komediri oleh Dr Jason Leong dengan jenaka dan anekdotnya mengenai kehidupan seharian mengisi malam dengan gelak tawa, manakala segmen Anugerah Pakaian Terbaik pula memperlihatkan perarakan para penjual langsung menggayakan busana serba cantik mereka, disambut dengan tepuk sorak para hadirin. Ramai penjual langsung pulang dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik termasuk barangan berjenama, baucar perjalanan, perkakas rumah dan lain-lain barang berharga. Pada keseluruhannya malam itu sungguh menyeronokkan, menjamu selera dengan makanan yang lazat-lazat serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Penjual langsung dari seluruh negara berkesempatan bertemu muka dan beriteraksi antara satu sama lain pada malam yang permai itu.

9 2023 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /
Sorotan
10 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2023 Sorotan
11 2023 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

MEMBUKA LALUAN KE ARAH KEJAYAAN:

MANFAAT JUALAN LANGSUNG

Jualan langsung berfungsi sebagai saluran runcit yang digunakan oleh jenama-jenama antarabangsa yang terkemuka dan yang lebih kecil, perusahaan inovatif untuk mempromosi pelbagai produk dan perkhidmatan terus kepada pengguna. Ini merangkumi pelbagai julat penawaran, dari barang kemas, alat masak-memasak dan suplemen hingga ke kosmetik, peralatan rumah dan sebagainya.

Dalam lanskap perniagaan yang dinamik hari ini, jualan langsung muncul sebagai satu cara niaga yang berwibawa bagi usahawan dan orang yang makan gaji untuk meraih pengaliran pendapatan yang mampan sambil menikmati

rangkaian faedah-faedah yang unik. Rencana ini menyelidiki pelbagai manfaat yang diperolehi apabila seseorang berkecimpung dalam perniagaan jualan langsung, memberi penerangan tentang kenapa ia satu anjuran yang menarik bagi individu-individu yang bercita-cita tinggi yang mahu berdikari dari segi kewangan dan mengecapi kepuasan profesional.

1PELABURAN AWAL YANG RENDAH

Salah satu aspek yang paling menarik tentang jualan langsung adalah kos permulaan yang rendah. Berbeza daripada perniagaan tradisional ‘bata dan mortar’ yang sering memerlukan modal yang besar, perniagaan jualan langsung

boleh dimulakan dengan kos yang sederhana. Kebolehsertaan yang rata ini membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang melangkah masuk ke arena keusahawanan jualan langsung.

2WAKTU KERJA YANG FLEKSIBEL

Jualan langsung menawarkan tahap fleksibiliti yang hanya dapat ditandingi oleh segelintir model perniagaan lain sahaja. Usahawan mempunyai kebebasan untuk menetapkan sendiri jadual mereka, membolehkan mereka menyeimbangkan kerja dengan kehidupan peribadi.

Kebolehsuaian ini pa;ing bermanfaat bagi individu yang mempunyai komitmen kekeluargaan atau lain-lain komitmen

12 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2023
Sorotan

profesional. Ini bermakna bahawa mereka yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa, dan ibu bapa yang perlu menggilir gantikan tanggungjawab menjaga anakanak mereka, dan semua mereka yang berada dalam pelbagai keadaan lain masih boleh melibatkan diri dalam jualan langsung.

3BEKERJA DARI MANA-MANA SAHAJA

Bekerja dari rumah ada faedahnya dan ramai orang sudah terbiasa bekerja dari rumah semasa pandemik. Walau bagaimanapun, jualan langsung membawa mereka ke satu langkah lebih jauh dengan membenarkan usahawan bekerja dari mana-mana sahaja.

Bergantung kepada pilihan yang paling cocok bagi seseorang usahawan, dia boleh bekerja dari rumah, bekerja dari kafe, malah bekerja dari atas kerusi di tepi kolam renang atau di tepian pantai sekalipun. Dari segi ini, jualan langsung menawarkan tahap fleksibiliti pilihan suasana kerja yang tidak dapat ditandingi.

4TIADA INVENTORI ATAU KOS OVERHED

Tidak seperti perniagaan runcit tradisional, jualan langsung tidak memerlukan usahawan untuk menyediakan anjung kedai fizikal dan kekal atau menguruskan inventori besar. Ini menghapuskan keperluan untuk perbelanjaan overhed yang tinggi seperti sewa, utiliti dan penyimpanan inventori. Akibatnya, lebih banyak hasil jualan dapat digunakan kearah keuntungan atau dilaburkan semula dalam perniagaan.

5PERTUMBUHAN DIRI DAN PEMBANGUNAN

Melibatkan diri dalam jualan langsung bukanlah sekadar melakukan jualan — ia mengasah kemahiran penting itu supaya boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Usahawan belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan, berunding, membina hubungan, dan menguruskan masa mereka dengan cekap. Kemahiran ini boleh dipindahkan dan boleh menyumbang kepada pertumbuhan

dan pembangunan peribadi secara nyata.

Dalam membangunkan kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi mereka, usahawan meraih keyakinan dan menjadi lebih petah dan tajam dalam menyampaikan idea mereka. Kesan sampingannya ialah mereka boleh memperbaiki hubungan mereka dengan orang-orang tersayang, kawan-kawan dan juga rakan sekerja.

6PENGETAHUAN PRODUK YANG LUAS

Penjual langsung mempunyai peluang untuk menjadi pakar dalam produk atau perkhidmatan yang mereka wakili. Pengetahuan yang mendalam ini bukan sahaja membina keyakinan terhadap apa yang mereka tawarkan tetapi juga membolehkan mereka memberi kefahaman yang bernilai kepada pelanggan mereka. Kepakaran sedemikian memupuk kepercayaan dan kredibiliti, membawa kepada perhubungan yang lebih kukuh bersama pelanggan.

7ALIRAN PENDAPATAN YANG BERPELBAGAI

Jualan langsung memberi ruang kepada usahawan untuk meneroka pelbagai aliran pendapatan dalam lingkungan perniagaan yang sama. Mereka boleh mengembangkan rangkaian produk mereka, mensasar demografi yang baharu, bahkan merekrut dan menjadi mentor kepada penjual-penjual lain. Kepelbagaian sumber pendapatan ini meningkatkan kestabilan kewangan dan daya tahan, mengurangkan pergantungan kepada produk atau pasaran yang tunggal.

8RANGKAIAN SOKONGAN YANG KUAT

Syarikat jualan langsung yang ada reputasi menyediakan latihan dan sokongan yang menyeluruh kepada usahawan mereka. Sokongan ini selalunya merangkumi latihan jualan, seminar pengetahuan produk, sumber pemasaran, dan akses kepada satu komuniti individu yang berfikiran sama. Rangkaian ini boleh menjadi sesuatu yang tidak ternilai faedahnya bagi usahawan baru,

menawarkan mereka panduan dan bimbingan semasa mereka mengemudi perjalanan perniagaan mereka.

9PEMERKASAAN DAN KEMERDEKAAN

Jualan langsung memperkasakan individu untuk menguruskan dan mengendalikan ketentuan kewangan mereka sendiri. Usahawan tidak terikat dengan had dan batasan model pekerjaan tradisional.

Sebaliknya, mereka mempunyai kebebasan untuk menetapkan matlamat mereka sendiri, mantakrifkan kejayaan mereka sendiri, dan menentukan hala tuju perniagaan mereka. Tahap kemerdekaan ini boleh menjadi satu pemerkasaan yang luar biasa dan memuaskan.

BERGERAK KE HADAPAN

Melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung adalah suatu usaha yang memperkasakan dan berpotensi menguntungkan bagi usahawan yang bercita-cita tinggi. Permulaan yang memerlukan kos yang rendah, fleksibiliti dan aliran pendapatan yang berpelbagai menjadikannya satu pilihan yang menarik dalam dunia perniagaan masa kini. Lagi pun, pertumbuhan peribadi dan peluang pembangunan yang ditawarkannya adalah sangat bagus untuk individu yang bukan sahaja ingin membina perniagaan yang berjaya tetapi juga kerjaya yang memuaskan. Dengan memanfaatkan faedah jualan langsung, usahawan boleh membuka potensi mereka untuk mencapai kemerdekaan kewangan, kejayaan profesional dan kepuasan peribadi.

13 2023 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

BERSEDIA UNTUK E-INVOIS

Malaysia akan memperkenalkan e-invois secara mandatori pada tahun depan. Fasa pertama akan dilancarkan pada Jun 2024 dan proses perkenalan akan berakhir pada 2027.

E-invois akan membolehkan pengesahan masa nyata atau hampir masa nyata dan penyimpanan semua transaksi yang melibatkan semua transaksi B2G, B2B dan B2C, domestik dan rentas sempadan dan dalam semua industri dan saiz syarikat.

Untuk memudahkan pembayar cukai beralih kepada e-Invois, LHDN telah membangunkan dua mekanisme penghantaran yang berbeza – portal yang dihoskan oleh LHDN yang

dipanggil Portal MyInvois dan Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi (API).

Pelaksanaan mandatori berperingkat akan berdasarkan hasil pendapatan perniagaan. Projek perintis dengan pembayar cukai terpilih dijadualkan untuk bermula pada awal 2024 dengan syarikat-syarikat yang perolehannya RM100 juta dan lebih.

Fasa seterusnya, yang melibatkan syarikat-syarikat dengan pendapatan tahunan RM50 juta, akan bermula pada Januari 2025. Syarikat dengan pendapatan tahunan sekitar RM25 juta akan dikehendaki menggunakan e-invois pada Januari 2026, diikuti oleh semua syarikat dari tahun 2027.

PENCUKAIAN YANG CEKAP

Sistem bil elektronik akan digunakan oleh rakan kongsi dagangan perniagaan seperti para pembekal mereka, untuk membentangkan dan memantau transaksi dokumen antara satu sama lain dan untuk memastikan yang terma-terma perjanjian dagangan mereka dipenuhi.

E-invois akan membantu menambah baik kecekapan pentadbiran cukai, sama ada secara cukai langsung atau tidak langsung. Ia juga dijangka menyediakan penjimatan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengukuhkan sistem pencukaian di negara ini dengan menjadikannya lebih adil dan lebih saksama.

Untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pelaksanaan berperingkat menawarkan peralihan yang progresif dan terurus kepada

e-Invois. Ini membolehkan PMKS menyelaraskan pelaporan dan prosesan kewangan mereka supaya didigitalkan dengan piawaian industri. Ia juga membolehkan PMKS melalui proses penyesuaian dalam tempoh yang lebih lama dan mengurangkan potensi gangguan.

14 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2023
Sorotan

ALIRAN KERJA E-INVOIS

Berikut ialah gambaran keseluruhan aliran kerja e-Invois dari titik masa penjualan dibuat atau apabila berlakunya transaksi, dan satu e-Invois dikeluarkan oleh pembekal melalui Portal MyInvois atau API, sehingga ke titik masa penyimpanan e-Invois yang telah divalidasi di pangkalan data LHDN untuk pembayar cukai menatap sejarah e-Invois mereka masing-masing.

1 3 2 4 5 6

PEROLEHAN PANTAS

1. E-invois ialah representasi digital sesuatu transaksi antara pembekal dan pembeli. Ia menggantikan kertas tradisional atau dokumen elektronik seperti invois, nota kredit dan nota debit.

2. LHDN mentakrifkan e-invois sebagai satu fail yang dibuat dalam format yang ditentukan oleh peraturan baru yang boleh diproses secara automatik oleh sistem perakaunan yang berkaitan, contoh: XML dan JSON.

3. LHDNM akan menggunakan model Kawalan Transaksi Berterusan di mana validasi dilakukan serta-merta (atau hampir serta-merta).

3. Untuk perniagaan kecil dan sederhana yang tidak tersedia dengan sistem e-invois, LHDN akan menyediakan penyelesaian

Pengeluaran e-Invois

Apabila penjualan atau transaksi dilakukan (termasuk pelarasan e-Invois), pembekal menyediakan e-Invois dan mengongsikannya dengan LHDN melalui Portal MyInvois atau API untuk pengesahan (validasi)

Validasi e-Invois

Validasi LHDN dilakukan dalam hampir masa nyata memastikan bahawa e-Invois memenuhi piawaian dan kriteria yang diperlukan. Sebaik sahaja validasi dilakukan, pembekal akan menerima Nombor Pengecam Unik daripada LHDN melalui Portal MyInvois atau API. Nombor Pengecam Unik akan membolehkan kebolehkesanan oleh LHDN dan akan mengurangkan berlakunya gangguan atau pengubahsuaian terhadap e-Invois.

Notis tentang e-Invois yang telah divalidasi

LHDNM akan memaklumkan kepada kedua-dua pembekal dan pembeli melalui

Portal atau API MyInvois sebaik sahaja e-Invois telah divalidasi

Perkongsian e-Invois

Selepas divalidasi, pembekal bertanggungjawab berkongsi e-Invois yang telah divalidasi (dengan Kod QR) bersama pembeli. Kod QR boleh digunakan untuk memvalidasi kewujudan dan status e-Invois Portal MyInvois.

Penolakan atau pembatalan e-Invois

Selepas pengeluaran e-Invois, tempoh masa yang ditetapkan diberikan untuk:

- Pembeli meminta sebarang penolakan e-Invois

- Pembekal untuk melakukan sebarang pembatalan e-Invois

Permintaan penolakan atau pembatalan mesti disertakan dengan justifikasi

Portal MyInvois

Pembekal dan pembeli boleh mendapatkan ringkasan transaksi e-Invois melalui Portal MyInvois.

Taxpayers can kickstart the transition by:

Mengemaskini

Butiran MyTax penting

Manaksir kesediaan organisasi untuk diterima pakai 1 2 3

Memulakan komunikasi Yang sesuai

percuma melalui web dan memerlukan input data secara manual ke dalam sistem.

4. Peringkat pertama pelaksanaan akan memberi tumpuan kepada transaksi perniagaan ke perniagaan dan urus niaga domestik, termasuk invois antara syarikat.

DSAM dengan kerjasama Deloitte telah mengadakan taklimat dalam talian untuk Ahli mengenai perkara ini

pada September 2023. Kami akan terus mengemaskini Ahli kami tentang kemajuan pelaksanaan dan mengadakan taklimat lanjut apabila perlu.

Untuk pertanyaan, sila hubungi myinvois@hasil.gov.my. Anda juga boleh memuat turun fail Garis Panduan e-Invois dari hasil.gov.my/en/e-invoice/yang dikeluarkan baru-baru ini.

15 2023 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

BE INTERNATIONAL: MEMBERI INSPIRASI KEPADA KEHIDUPAN

MENERUSI MATLAMAT

PEMBANGUNAN

LESTARI

MENCIPTA SUMBANGAN JANGKA PANJANG YANG BERMAKNA KEARAH

MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK.

BE International menonjol sebagai model teladan dalam komitmennya kepada United Nations Sustainable Development Goals (SDGs) (Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu), menjelma sebagai etos korporat yang berpusat ke arah menyumbang kembali kepada masyarakat. Sepanjang perjalanannya, BE International telah secara konsisten mempamerkan dedikasi yang mendalam di dalam mencipta impak yang positif, yang terbukti melalui segala sumbangan dan pencapaiannya.

Di tengah-tengah cabaran global, BE International kekal di dalam misinya untuk meningkatkan kehidupan masyarakat yang memerlukan. Tahun ini, Syarikat dan para pemimpinnya yang berwawasan telah sekali lagi mengorak langkah menghulurkan derma berjumlah RM150,000 kepada Yayasan SinChew bagi usaha-usaha bantuan bencana. BE International juga menjadi Penaja Utama inisiatif Famine 30 anjuran World Vision, menyumbangkan sebanyak RM100,000 berserta dengan 5,000 sacet minuman BElixz SlendezMeal. Inisiatif ini telah menangani cabaran segera dan menunjukkan komitmen Syarikat terhadap usaha pembasmian kelaparan dan kekurangan zat makanan.

Tambahan lagi, buat tahun kelima berturut-turut, BE International telah memberikan sokongannya kepada programprogram Generasi Gemilang. Syarikat BE International juga telah menjadi penaja kepada Program Super Sarapan yang memberi manfaat kepada 262 orang pelajar di 6 buah sekolah. Dengan menyumbangkan makanan berkhasiat dan sumber-sumber terpenting, syarikat ini dengan aktifnya terlibat di dalam mempromosi kemajuan pendidikan dan kesejahteraan menyeluruh di kalangan generasi muda.

Bagi menghargai pencapaiannya di peringkat tempatan dan juga antarabangsa, BE

International telah dianugerahkan anugerah berprestij Healthcare Professionals’ Choice 2023 di Hong Kong. Bagi mengiktiraf usahausaha BE International di dalam meningkatkan taraf kehidupan dan menyampaikan inovasi, syarikat telah memenangi anugerah Brand Award for Healthy Clothing untuk produk AULORA Apparel Series, dan anugerah Brand Award for Nutritional Supplement (Penambahbaikan Komprehensif) untuk produk BElixz SHIRUTO.

Dipacu oleh cogan katanya “BEyond Inspiring Minds, Touching Lives for Eternity”, (“Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Abadi”) BE International terus menginspirasi, mempengaruhi, dan memperbaiki kehidupan individu-individu di seluruh dunia.

Selaras dengan komitmen BE International terhadap Matlamat Pembangunan Lestari dan dalam memperbaiki kehidupan masyarakat, syarikat telah memainkan peranan yang aktif di dalam menyumbang terhadap bantuan bencana dan penajaan dalam pendidikan dan juga kesejahteraan.

18 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2023
Sorotan

Awaken Your Guardian

Formulated with high-potency fermented wheat extract (IP-PA1); which help to optimize healthy immune system. It was clinically proven and derive from patented fermentation & extraction process that optimized the function and bene ts of IP-PA1.

Vitamin C

Beta-Glucan

IP-PA1

Synergistic Nutrients

Along with great synergistic nutrients, including Vitamin C and Beta-Glucan it helps to support and maintain our body health

OUR QUALITY ASSURANCE SCAN ME www.beintl.com
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.